Search This Blog

Friday 28 November 2014

Dalam artikel ni, puteri nak berkongsi cara untuk membuat cupcake yang comel dan sedap. Biasanya ada beberapa langkah mudah yang perlu kita ikuti untuk menghasilkan cupcake sedap dan comel.
 
1) Resipi Cupcake Sedap – pertama sekali kita perlukan resipi untuk membuat cupcake tersebut. Biasanya resipi membuat cupcake ni sama macam buat kek biasa. Cuma kalau nak buat kek yang besar, kita akan letakkan adunan dalam dulang pembakar yang bersaiz biasa. Tetapi kalau nak membuat cupcake kita biasanya akan menuang adunan kedalam bekas bekas kecil sebelum dimasukkan ke dalam oven.
2) Membuat Icing atau Krim – Cupcake tanpa icing atau krim, memang akan kelihatan kosong, tak berseri. Jadi selepas membakar cupcake tersebut, kita perlulah sediakan aising atau krim. Mudah je nak sediakan krim untuk menghias cupcake.  Boleh cuba resipi krim yang pernah puteri kongsikan dalam entri Cara Buat Krim Yang Mudah Dan Sedap
3) Mendekorasi Cupcake – Setelah siap mengeluarkan cupcake dari ketuhar, krim pun dah siap..sampailah masa untuk mendekorasi cupcake menjadi cantik dan comel. Kalau kita dah biasa mendekorasi kek, pastinya ia tak rumit. Tapi kalau kita baru nak belajar mendekorasi cupcake menggunakan icing, bolelah kita cuba dengan corak yang lebih mudah terlebih dahulu.
Di luar sana ada banyak kelas yang boleh kita sertai untuk mempelajari cara-cara membuat cupcake. Namun yuran untuk satu kelas bukannya murah. Tapi sekarang ni dengan adanya panduan membuat cupcake, kita boleh belajar cara membuat cupcake di rumah je.
Dari panduan membuat cupcake tu, kita akan diajar cara membuat cupcake dari A sampai Z. Turut disertakan resipi cupcake, langkah membuat icing, mewarnakan icing dan teknik mendekorasi.
Panduan ni dalam bentuk  video, jadi kalau kita tak faham atau tak ingat mana-mana langkah untuk membuat cupcake , kita boleh replaykan video panduan tu berulang ulang kali sampai kita faham dan mahir membuat cupcake.
Kalau berminat nak belajar buat cupcake yang comel dan sedap, ataupun berminat untuk memulakan bisness cupcake dari rumah, eloklah kalau korang dapatkan PANDUAN MEMBUAT CUPCAKE

No comments:

Post a Comment